Menu Bar

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

1gram bar VS 1gram GAP

Majoriti pembeli emas yang saya temui memilih untuk mengumpul emas serendah 1 gram setiap bulan.
Ada yang memilih untuk bermula dengan membeli bar 1 gram dan ada yang memilih kaedah GAP(Gold Accumulation Program).
Jika ada yang bertanya dengan saya mana satu kaedah yang terbaik, saya akan menjawab......."GAP" adalah yang terbaik kerana ia murah,mudah dan selamat...Saya akan terangkan maksud murah,mudah dan selamat di bawah:

1. Murah:
Bar 1gram lebih mahal daripada 1gram GAP. Gambar dibawah menunjukkan 1gram bar berharga RM200. Tapi, jika anda beli 1gram GAP, anda hanya perlu membayar RM164 dan anda boleh keluarkan emas fizikal dengan premium cas RM10(Sabah/Sarawak). Jumlah ialah RM174.

2. Mudah:
Anda boleh kumpul emas anda melalui GAP dan keluarkan dalam bentuk fizikal yang lebih berat. Contoh 10gram bar. Jadi, anda tidak perlu menyimpan 10keping 1gram bar tapi sebaliknya simpan sekeping bar 10gram. Ini memudahkan anda untuk menyimpan ditempat yang selamat.

3. Selamat
Anda beli dan simpan secara percuma di PublicGold dalam tempoh anda mengumpul emas melalui GAP. Contoh, anda ingin memiliki 10gram bar dan mengumpul secara 1gram sebulan. Anda memerlukan 10bulan untuk mengumpul. Dan emas anda akan disimpan oleh PublicGold secara percuma dan dengan jaminan keselamatan selama tempoh mengumpul tersebut.

Klik sini untuk memahami lebih lanjut tentang GAP

Pembelian Online - Self Service

Anda juga boleh membuat pembelian emas Public Gold tanpa melalui saya. Caranya mudah:

Langkah Pertama:
Anda hendaklah mendaftar dengan Public Gold. Click link dibawah untuk membuat pendaftaran

Secara automatik, saya akan menjadi "introducer" anda. "Introducer" anda akan membantu anda jika anda menghadapi sebarang masalah dalam proses membeli atau menjual balik emas anda. 
Isi semua maklumat penting didalam.

Langkah kedua:
Setelah selesai proses pendaftaran, anda akan menerima email daripada Public Gold. Username anda adalah nombor I/C anda. Password anda ialah password yang dimasukkan dalam proses pendaftaran tadi.

Langkah ketiga:

Login di laman web www.publicgold.com.my dengan username/password yang dinyatakan tadi. Kemudian click "Order" dan ikut arahan selanjutnya





Langkah Keempat
Setelah selesai membuat Order/Booking/tempahan seperti diatas, seterusnya buat pembayaran di akaun Public Gold seperti dibawah

Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 24jam dari masa Order/Booking/Tempahan. Selain itu, anda juga boleh membuat pembayaran sewaktu collection/kutipan di branch Public Gold yang telah anda pilih. Sebaik-baiknya anda menghubungi cawangan tersebut untuk check stock.

Langkah Kelima
Bawa bukti pembayaran bersama sewaktu membuat kutipan/collection emas yang telah ditempah ke branch atau cawangan yang telah anda pilih tadi



***Hubungi saya melalui whatsapp/telegram/wechat di 0135663738(ahim) untuk buat tempahan melalui saya tanpa melalui proses diatas.
Untuk pengetahuan, saya lebih mudah dihubungi melalui cara diatas kerana saya bekerja di pelantar minyak&gas di perairan laut dan tidak mempunyai akses telefon mudah alih(Handphone). Hanya message melaui whatsapp/telegram/wechat sahaja boleh diakses kerana ada kemudahan wifi***

Premium Charge

Harga Yang Dipaparkan di Website Public Gold tidak termasuk Cas Premium
Jika kita membeli emas perhiasan seperti rantai tangan, rantai leher atau cincin di kedai-kedai emas, kita akan dikenakan cas upah oleh peniaga tersebut. Ianya tidak standard
iaitu berbeza-beza diantara satu kedai dengan kedai yang lain dan bergantung juga dengan rekabentuk emas perhiasan tersebut.

Begitu juga dengan Public Gold, setiap pembelian emas fizikal di Public Gold akan dikenakan cas premium(Premium Charge). Cas ini sebenarnya cas untuk kos-kos tambahan yang perlu ditanggung oleh Public Gold seperti kos pengangkutan. Walaubagaimanapun, cas premium yang dikenakan adalah minima & tidak membebankan. Ianya bergantung dengan berat emas yang kita beli.

Cara mudah untuk membeli emas

Terdapat dua cara mudah untuk membeli emas Public Gold  bagi yang kurang berkemampuan ataupun budget tidak cukup. Anda boleh membuat pembelian dengan kaedah Gold Accumulation Program(GAP) tanpa sebarang komitmen bulanan atau anda boleh membuat pembelian dengan cara Easy Payment Purchase(EPP) dengan komitmen bulanan selama 4 bulan. Hubungi saya untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai GAP & EPP:



Easy Payment Purchase(EPP)

Salah satu cara mudah untuk membeli emas ialah Easy Payment Purchase(EPP) dimana kita boleh membeli emas secara ansuran bulanan. Tempoh yang diberikan ialah 4 bulan. Anda juga boleh menyelasaikan bayaran bulanan tersebut lebih awal dari masa yang ditetapkan. Tiada masalah...Selepas ansuran bulanan selesai, barulah anda boleh ambil emas tersebut.

Untuk pengetahuan anda semua, tiada kadar faedah dikenakan oleh Public Gold melalui kaedah Easy Payment Purchase(EPP) ini. Anda hanya dikenakan cas premium tambahan sahaja ***Cas Premium EPP berbeza daipada cas premium biasa, kerana Public Gold perlu menanggung kos tambahan seperti kos menyimpan. 

Contoh 1:
EPP untuk 10Dinar selama 4 bulan. Untuk Sabah/Sarawak, Premium Cas yang dikenakan untuk 10Dinar EPP ialah RM110



Contoh 2:
EPP untuk 1dinar selama 4 bulan. Untuk Sabah/Sarawak, Premium Cas yang dikenakan untuk 1Dinar EPP ialah RM15



Pembelian Emas Public Gold Melalui Saya

Bagaimana hendak membuat pembelian emas Public Gold?
Caranya mudah sahaja...

Langkah 1:
Buka laman web rasmi Public Gold di www.publicgold.com.my dan pilih produk yang anda ingin beli. 
 

Langkah kedua:
Hubungi saya melalui whatsapp/telegram/wechat seperti nombor diatas atau email ke ahim_1655@yahoo.com
Saya akan membantu anda dalam proses membeli emas Public Gold.

***Untuk pengetahuan, saya lebih mudah dihubungi melalui cara diatas kerana saya bekerja di pelantar minyak&gas di perairan laut dan tidak mempunyai akses telefon mudah alih(Handphone). Hanya message melaui whatsapp/telegram/wechat sahaja boleh diakses kerana ada kemudahan wifi***

Gold Accumulation Program

GAP(Gold Accumulation Program) adalah salah satu cara mudah untuk memiliki emas PublicGold selain dari bayaran ansuran(Easy Payment Purchase). Dengan cara ini kita tidak terikat dengan komitmen bulanan. Syarat untuk membuka akaun GAP ialah minima RM100 dan baki didalam akaun ialah minimum 1gram.

Sebagai contoh, saya ingin memiliki Gold Bar 10gram tetapi tidak mempunyai budget yang cukup. Walaubagaimanapun, saya boleh membeli dengan cara mengumpul emas melalui GAP. Katakan saya membeli dengan cara dibawah:



  • Bulan 1 = 3gram
  • Bulan 2 = 1gram
  • Bulan 3 = Tiada belian(Budget tidak cukup)
  • Bulan 4 = 1gram
  • Bulan 5 = 3gram
  • Bulan 6 = Tiada belian(Budget tidak cukup)
  • Bulan 7 = RM100(0.5988gram)  ***Minima belian ialah RM100 dan akan dikira berdasarkan harga GAP semasa
  • Bulan 8 = RM100(0.4012gram)
  • Bulan 9 = 1gram
  • Bulan 10= 1gram

Jumlah berat emas yang saya miliki dalam akaun GAP ialah 11gram. Target saya sudah tercapai, dan saya sudah boleh mengeluarkan gold bar 10gram dan baki 1 gram adalah syarat untuk mengekalkan akaun GAP.
Hanya bayaran premium cas sahaja dikenakan sewaktu pengeluaran tersebut. Untuk bar 10gram, cas yang dikenakan ialah RM10 untuk Semenajung Malaysia & RM20 untuk Sabah/Sarawak. Klik sini untuk mendapatkan senarai premium cas Public Gold.

Bagaimana hendak bermula? Ikuti langkah dibawah:


***Disclaimer: GAP bukan produk kewangan ataupun deposit tetapi kaedah membeli emas melalui pengumpulan berkala untuk keperluan peribadi pelanggan