Showing posts with label Info Emas. Show all posts
Showing posts with label Info Emas. Show all posts
Kenapa emas selalu dirujuk sebagai matawang "Safe Haven"
FxPrimus adalah broker dalam pasaran matawang atau lebih mudah difahami sebagai Forex.
Marshall iaitu Ketua Penyelidikan Pelaburan(Investment Research Head) FxPrimus menjawab persoalan tersebut.
Ikuti jawapan darinya.
Nilai Duit Yang Semakin Susut
Saiz yang sama, tapi nilai yang berlainan.
Agak-agak dalam 10 tahun akan datang, berapa nilai syiling 20sen tersebut, dan agak-agak berapa nilai syiling dinar emas itu?
Yang pasti, sewaktu alam persekolahan saya dahulu, 20sen untuk belanja sekolah, adalah sangat-sangat banyak. Tapi sekarang, nak bagi anak belanja sekolah dengan syiling 20sen dapat beli apa?...
Renung-renungkan dan fikir-fikirkan lah...
Jenis Pembeli Emas
Kebiasaannya terdapat beberapa kategori pembeli emas. Saya akan senaraikan 3 jenis pembeli emas yang biasa kita dengar:
- Beli dan Simpan - Pembeli kategori ini membeli emas dan akan menyimpan emas secara kekal. Mereka membeli emas secara konsisten apabila ada wang tambahan daripada pendapatan mereka. Tujuan mereka hanya satu iaitu menjadikan emas sebagai aset dan harta yang kekal untuk diwariskan kepada keluarga terdekat seperti isteri dan anak-anak. Mereka tidak akan menjual emas tersebut dan hanya akan memajak emas sekiranya dalam kecemasan(Memerlukan wang segera). Mereka akan menebus balik emas yang dipajak dan akan disimpan kembali.
- Beli dan Jual - Pembeli kategori ini diklaisifikasikan sebagai pelabur. Mereka mengambil peluang untuk mendapat keuntungan daripada pergerakan harga emas semasa. Beli bila murah dan jual bila harga naik.
- Beli, Simpan dan Jual - Pembeli kategori ini adalah gabungan pembeli kategori 1 & 2. Mereka akan membeli emas secara konsisten dan menjual emas mereka pada harga yang sesuai atau menjual emas apabila sampai pada "Target" mereka. Ada sebahagian pembeli kategori ini menetapkan tempoh simpanan mereka seperti menjual emas apabila anak hendak melanjutkan pelajaran atau hendak membeli rumah/tanah. Kebiasaannya mereka hanya menjual sebahagian emas mereka dan ada juga yang menjual semua emas mereka secara serentak.

Minat Terhadap Emas
Bermula dari situ, saya gunakan emas untuk membantu saya mengelakkan duit bocor.
Apa itu duit bocor? Pernahkah atau selalukah anda mengalami pengalaman seperti anda tidak tahu kemana duit anda dibelanjakan?Atau pernahkah anda membeli sesuatu, dan akhirnya merasa menyesal kerana melakukan pembelian yang sia-sia?Atau pernahkah anda berniat untuk menyimpan atau saving setiap bulan, tetapi selalunya gagal menyimpan?Inilah yang dikatakan duit bocor. Ianya berlaku kerana tahap disiplin kita yang kurang dan gagal membezakan antara "Keperluan atau Kehendak".
Subscribe to:
Posts (Atom)
