Menu Bar

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Jenis Pembeli Emas

Kebiasaannya terdapat beberapa kategori pembeli emas. Saya akan senaraikan 3 jenis pembeli emas yang biasa kita dengar:

  1. Beli dan Simpan - Pembeli kategori ini membeli emas dan akan menyimpan emas secara kekal. Mereka membeli emas secara konsisten apabila ada wang tambahan daripada pendapatan mereka.  Tujuan mereka hanya satu iaitu menjadikan emas sebagai aset dan harta yang kekal untuk diwariskan kepada keluarga terdekat seperti isteri dan anak-anak. Mereka tidak akan menjual emas tersebut dan hanya akan memajak emas sekiranya dalam kecemasan(Memerlukan wang segera). Mereka akan menebus balik emas yang dipajak dan akan disimpan kembali.
  2. Beli dan Jual - Pembeli kategori ini diklaisifikasikan sebagai pelabur. Mereka mengambil peluang untuk mendapat keuntungan daripada pergerakan harga emas semasa. Beli bila murah dan jual bila harga naik.
  3. Beli, Simpan dan Jual - Pembeli kategori ini adalah gabungan pembeli kategori 1 & 2. Mereka akan membeli emas secara konsisten dan menjual emas mereka pada harga yang sesuai atau menjual emas apabila sampai pada "Target" mereka. Ada sebahagian pembeli kategori ini menetapkan tempoh simpanan mereka seperti menjual emas apabila anak hendak melanjutkan pelajaran atau hendak membeli rumah/tanah. Kebiasaannya mereka hanya menjual sebahagian emas mereka dan ada juga yang menjual semua emas mereka secara serentak.