Menu Bar

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Public Gold

Saya telah menerangkan bagaimana saya telah bertukar dari membeli emas melalui Gold Investment Account(CIMB) kepada Emas Fizikal Public Gold. Kenapa Public Gold menjadi pilihan saya dalam urusan jual beli emas fizikal?Padahal banyak lagi syarikat, bank atau kedai emas lain yang menawarkan emas fizikal. Berikut adalah 10 sebab utama saya memilih Public Gold:

  1. Reputasi Syarikat Public Gold - Saya telah mengikuti perkembangan Public Gold ini lebih dari 3 ke 4 tahun yang lepas setelah diperkenalkan oleh seorang sahabat. Sebenarnya Public Gold telah memulakan perniagaan jual beli emas sejak tahun 2008 dan sehingga kini Public Gold telah berkembang pesat dengan mempunyai cawangan di setiap negeri termasuk Singapura.
  2. Harga yang ditawarkan oleh Public Gold adalah antara yang berpatutan di Malaysia dan harga yang ditawarkan berasaskan harga sebenar emas dunia. Harga yang ditawarkan oleh Public Gold akan dikemaskini setiap 20 minit di laman webnya www.publicgold.com.my  . Ini membantu saya untuk membeli pada harga yang terbaik.
    Harga Emas PG di kemaskini setiap 20minit
  3. Spread atau perbezaan harga jual dan harga beli yang rendah. Spread yang ditawarkan oleh Public Gold antara 4.5% ke 8%. Ini memberi kemudahan kepada saya untuk mengoptimumkan keuntungan jual beli emas. Sebagai contoh, spread yang perlu kita hadapi sekiranya membeli dan menjual balik barang kemas di kedai emas ialah lebih dari 15% ke 30%. Ini agak merugikan kerana kita terpaksa menunggu harga yang amat tinggi untuk menjual balik emas tersebut jika ingin mendapat keuntungan.
    Spread Antara Harga Jual dan Beli Yang Rendah
  4. Stock - Seperti yang kita maklum, Public gold mempunyai cawangan di setiap negeri di Malaysia. Urusan pengambilan stok adalah mudah dan tidak perlu menunggu masa yang lama.
  5. Proses jual beli yang mudah - Public Gold menawarkan perkhidmatan jual beli emas 24jam sehari. Dengan cara ini, saya dapat "lock" harga yang terbaik pada setiap masa jika ingin membeli atau menjual emas. 
  6. Jaminan beli balik(Buy Back) - Untuk pengetahuan, Public Gold memberi jaminan beli balik atau buy back untuk semua produk yang ditawarkan. Menurut pihak Public Gold, mereka pernah membeli balik emas dalam jumlah RM8juta dalam satu-satu masa. Di samping itu, apa yang lebih penting ialah, Public Gold memberi jaminan beli balik walaupun emas tersebut calar atau bengkok, asalkan berat emas masih sama. Jika dibandingkan dengan emas yang ditawarkan bank atau syarikat lain, tiada jaminan yang diberi sekiranya emas tersebut bengkok atau calar.
  7. Premium cas(Manufacturing cost/Transportation Cost/Workmanship Cost) yang rendah. Public Gold menawarkan premium cas yang rendah bermula dari RM5 hingga RM300 mengikut berat. 
    Premium Cas Public Gold
  8. Produk diiktiraf oleh Badan Antarabangsa. Produk Public Gold diiktiraf oleh LBMA(London Bullion Market Association). Ini bermaksud, emas Public Gold diiktiraf diseluruh dunia dan sekiranya kita menjual emas Public Gold, harganya lebih tinggi berbanding emas yang tiada pengiktirafan antarabangsa. 
  9. Tiada GST. Ini bermaksud harga emas yang kita beli melalui Public Gold lebih murah kerana tiada GST dikenakan terhadap produk yang diiktiraf LBMA.
  10. Public Gold tidak menawarkan skim pelaburan seperti pulangan keuntungan bulanan. Ini meyakinkan saya bahawa Public Gold bukan syarikat yang berasaskan MLM, Piramid atau Ponzi. Keuntungan kita bergantung dengan harga jual dan beli emas sahaja.
Ini adalah faktor penting saya memilih Public Gold untuk urusan jual beli emas fizikal. Terdapat banyak lagi kelebihan Public Gold, tetapi bagi saya, 10 yang utama adalah seperti diatas. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, hubungi/whatsapp/telegram saya di 0135663738(ahim)