Menu Bar

Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu

Minat Terhadap Emas


Saya meminati emas selepas mengetahui banyak kelebihan yang ada padanya...
Bermula dari situ, saya gunakan emas untuk membantu saya mengelakkan duit bocor.
Apa itu duit bocor? Pernahkah atau selalukah anda mengalami pengalaman seperti anda tidak tahu kemana duit anda dibelanjakan?Atau pernahkah anda membeli sesuatu, dan akhirnya merasa menyesal kerana melakukan pembelian yang sia-sia?Atau pernahkah anda berniat untuk menyimpan atau saving setiap bulan, tetapi selalunya gagal menyimpan?Inilah yang dikatakan duit bocor. Ianya berlaku kerana tahap disiplin kita yang kurang dan gagal membezakan antara "Keperluan atau Kehendak".

Untuk mengelak duit bocor, saya akan memilih untuk membeli emas terlebih dahulu sebelum membelanjakan wang kearah lain. Dengan cara ini, saya dapat mengelak masalah duit bocor dan ternyata ianya amat berkesan. Perasaan atau "feel" atau aura memiliki emas amat istimewa. Sebaik sahaja kita melakukan pembayaran dan memegang emas tersebut, kita dapat merasakan ianya suatu pembelian yang berbaloi dan tidak sia-sia. Itulah aset kita, harta kita dan jaminan untuk kita kelak.
Baiklah, saya akan berkongsi serba sedikit tentang emas dan kelebihannya.


    Contoh Emas Yang Digunakan Sebagai Wang
  • Emas ditemui beribu-ribu tahun dahulu. Ianya digunakan sebagai wang, perhiasan, simbol kekayaan, teknologi dan banyak lagi. Emas mempunyai nilainya tersendiri dan nilai tersebut masih kekal dari generasi ke generasi dan tahun ke tahun. Bayangkan nilai atau "value" yang ada pada emas yang sehingga kini masih bertahan sebagai logam yang berharga. Jika seseorang itu memahami emas dan meminati emas, maka dia adalah yang bertuah...👻👻👻
  • Emas bersifat kekal..........Contoh yang paling mudah saya ambil ialah hadiah kepada ibu saya apabila saya menerima gaji yang pertama sewaktu bermula kerja dahulu. Gaji pertama saya digunakan untuk membeli sebentuk cincin emas yang dihadiahkan kepada ibu saya. Sehingga kini, cincin emas tersebut masih ada. Kita boleh simpan emas seberapa lama yang kita mahu, kerana nilai emas kekal dan semakin lama semakin berharga. Oh ya...tahukah anda berapakah harga cincin tersebut sewaktu saya membelinya?Dan berapakah harga cincin itu sekarang?
  • Emas adalah aset. Kita selalu mendengar rumah dan tanah adalah aset. Begitu juga dengan emas. Oleh kerana ianya sesuatu yang bernilai dan berharga, emas boleh dijual dimana-mana sahaja termasuk di seluruh dunia. Disamping itu, emas boleh dipajak sekiranya kita dalam kecemasan atau memerlukan wang dengan segera. 
  • Emas adalah "insurans" kepada sistem kewangan. Sekiranya berlaku masalah ekonomi dan krisis matawang, emas adalah penyelamat. Seluruh dunia kenal dan menerima emas. Jika nilai RM jatuh teruk, wang kertas Malaysia tidak diterima di luar negara. Tetapi, ini tidak berlaku kepada emas. Sebab itulah setiap negara mempunyai simpanan atau reserve emas mereka sendiri.  
Setiap Negara Ada Simpanan@Reserve Emas


Atas sebab-sebab "nilai" atau "value" emas inilah, saya meminati emas, membeli emas dan seterusnya menyimpan emas. Dalam jangka masa panjang, ianya semakin bernilai dan berharga...Siapa cepat dia dapat...😎😎😎😎