|
Harga Yang Dipaparkan di Website Public Gold tidak termasuk Cas Premium |
Jika kita membeli emas perhiasan seperti rantai tangan, rantai leher atau cincin di kedai-kedai emas, kita akan dikenakan cas upah oleh peniaga tersebut. Ianya tidak standard
iaitu berbeza-beza diantara satu kedai dengan kedai yang lain dan bergantung juga dengan rekabentuk emas perhiasan tersebut.
Begitu juga dengan Public Gold, setiap pembelian emas fizikal di Public Gold akan dikenakan cas premium(Premium Charge). Cas ini sebenarnya cas untuk kos-kos tambahan yang perlu ditanggung oleh Public Gold seperti kos pengangkutan. Walaubagaimanapun, cas premium yang dikenakan adalah minima & tidak membebankan. Ianya bergantung dengan berat emas yang kita beli.