Bermula dari situ, saya gunakan emas untuk membantu saya mengelakkan duit bocor.
Apa itu duit bocor? Pernahkah atau selalukah anda mengalami pengalaman seperti anda tidak tahu kemana duit anda dibelanjakan?Atau pernahkah anda membeli sesuatu, dan akhirnya merasa menyesal kerana melakukan pembelian yang sia-sia?Atau pernahkah anda berniat untuk menyimpan atau saving setiap bulan, tetapi selalunya gagal menyimpan?Inilah yang dikatakan duit bocor. Ianya berlaku kerana tahap disiplin kita yang kurang dan gagal membezakan antara "Keperluan atau Kehendak".